Rasa....
Pagi ini..hati ini sangat tersentuh..pertama kalinya aku memberikan wang kepada kedua ibu bapa mentuaku. Sebenarnya, aku telah lama peruntukkan duit tersebut kepada mereka lantaran aku tidak mempunyai ibu bapa lagi. Tetapi, hati ini sangat tersentuh tatkala ibu mentuaku menangis kerana sedih menerima wang daripada aku. Bukan untuk menunjuk atau apa2,tetapi hanyalah untuk berkongsi luahan hati ku pada pagi tadi. Kepada mak dan pak yang telah pergi menemui Ilahi, aku panjatkan doa yang tidak pernah putus untuk kalian biarpun dalam hati ini, aku sangat merindui mereka dan jika mereka masih ada,sudah tentu akan kukongsikan duit gaji pertamaku bersama mereka..kerana itu jugalah harapan seorang anak kepada ibu bapanya..Untuk kalian,ibu dan bapa mentua sama juga seperti ibu bapa sendiri. Layan dan terimalah mereka seperti ibu bapa kandung biar macam mana pun mereka.. Al-fatihah untuk mak dan pak..