Posts

3 RAMADHAN TERKAHIR

3 RAMADHAN TERAKHIR. Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. dalam riang ria untuk balik kampong, gembira nak beraya dan semua lah!tapi dalam hati ini...hanya Allah sahaja yang tau.sebenarnya rasa sedih sangat bila ramadhan bakal meninggalkan kita semua.lagi 3 hari saja lagi ramadhan bersama kita. Allahuakbar! sebak!sebab dalam Ramadhan ni,mcm2 rahmat Allah titipkan utk kita semua..nikmat beribadat, nikmat bersama keluarga,nikmat berukhuwah, nikmat bersaudara,nikmat bangun malam, nikmat menjadi tukang masak untuk suami hampir setiap hari, nikmat ke masjid / surau...segala jenis nikmat Allah taburkan..dalam ramadhan ini juga, Allah ringankan tangan kita untuk bersedekah dan beramal jariah.bahkan, kita pun diberikan masa kerja yang bersesuaian, dapat balik awal dan boleh masak untuk keluarga..ada masa yang free untuk baca Al-Quran di pejabat, kurangnya urusan dunia malah semua bertungkus lumus merebut pahala dan sibuk dengan urusan akhirat.HEBATNYA RAMADHAN!segalanya dalam bulan...

AL-QURAN DAN RAMADHAN.

6 Ramadhan 1438H (1 Jun 2017) Salam Ramadhan untuk semua.Alhamdulillah, Allah berikan lagi ruang dan peluang untuk merasai manisnya nikmat Ramadhan.Segala amal dan ibadah kita berganda2 pahalanya berbanding bulan biasa.Alhamdulillah. Apabila Ramadhan tiba, teringat zaman2 belajar dulu bila bertahun2 merantau di negeri orang. mencari ilmu yang maha luas di bumi Allah..kerana mengejar ilmu dan masa depan yang lebih baik, merantau dan terus merantau. Rasanya ada di rumah hanya beberapa tahun saja..tinggal di asrama seawal usia 13 tahun hingga 25 tahun!masya Allah.hehehe.dulu xterfikir pun semua ni.tapi apabila satu persatu ujian, cabaran hadir dalam hidupku, barulah aku sedar...rupanya di sebalik semua yang aku lalui itu, Allah sedang aturkan sesuatu yang jauh lebih baik dan lebih indah dalam hidupku. Ya betul!Allah sedang mendidik aku untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah sikit demi sikit. Apa yang diberikan semua nya untuk ajar aku menjadi SURVIVOR.besar hikmah atas setiap apa yang ...
Rumahku syurgaku..alhamdulillah,dgn izin allah ,aku berjaya memiliki rumah sendiri dah lebih setahun..so skrg adalah proses membuat renovation rumah sikit.rumah apartment aje.so xde la besar mana.whatever it is,aku rs bhgia.sekarang tgh pening nk cari kitchen cabinet.table top aku dh buat.cuma kc je blum.ade x sesiapa blogger atau yg bc blog aku tau kt mna nk cari kc yg murah dan berkualiti?really need help..sebab stkt aku survey ni semuanye mahal2 belaka.pening2..udah le baru beli kereta..cat rumah..renovate dapur.thats why nk cari yg murah2 je.klu direct dari kilang lg bagus..hehe

Rasa....

Pagi ini..hati ini sangat tersentuh..pertama kalinya aku memberikan wang kepada kedua ibu bapa mentuaku. Sebenarnya, aku telah lama peruntukkan duit tersebut kepada mereka lantaran aku tidak mempunyai ibu bapa lagi. Tetapi, hati ini sangat tersentuh tatkala ibu mentuaku menangis kerana sedih menerima wang daripada aku. Bukan untuk menunjuk atau apa2,tetapi hanyalah untuk berkongsi luahan hati ku pada pagi tadi. Kepada mak dan pak yang telah pergi menemui Ilahi, aku panjatkan doa yang tidak pernah putus untuk kalian biarpun dalam hati ini, aku sangat merindui mereka dan jika mereka masih ada,sudah tentu akan kukongsikan duit gaji pertamaku bersama mereka..kerana itu jugalah harapan seorang anak kepada ibu bapanya..Untuk kalian,ibu dan bapa mentua sama juga seperti ibu bapa sendiri. Layan dan terimalah mereka seperti ibu bapa kandung biar macam mana pun mereka.. Al-fatihah untuk mak dan pak..

Pengorbanan yang entah bila akan berakhir...

Bukan mudah untuk terima sesuatu keadaan yang memberi tekanan kepada diri sendiri umpamanya membakar diri menerangi diri orang lain bersamaan juga seperti berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan orang lain...sedangkan di dalam hati tersirat seribu luka..secangkir duka...muka tampak ceria namun di dalam bagaikan ribut petir melanda..ku empang air mata demi melihat senyuman pada wajah orang lain...aku berkorban..berkorban..dan terus berkorban...

renungan sejenak..

takutlah kamu akan hari kemudian, yang akan dikembalikan kamu kepadanya, menghadap ke hadrat Allah SWT, kemudian disempurnakanNya balasan amal tiap-tiap seorang, sedang mereka itu tiada teraniaya.. al-baqarah : 281

Kebahagiaan yang bermakna!

Apa erti kebahagiaan?Adakah kebahagian itu adalah kita mendapat apa yang kita impikan?