AL-QURAN DAN RAMADHAN.

6 Ramadhan 1438H (1 Jun 2017)
Salam Ramadhan untuk semua.Alhamdulillah, Allah berikan lagi ruang dan peluang untuk merasai manisnya nikmat Ramadhan.Segala amal dan ibadah kita berganda2 pahalanya berbanding bulan biasa.Alhamdulillah.
Apabila Ramadhan tiba, teringat zaman2 belajar dulu bila bertahun2 merantau di negeri orang. mencari ilmu yang maha luas di bumi Allah..kerana mengejar ilmu dan masa depan yang lebih baik, merantau dan terus merantau. Rasanya ada di rumah hanya beberapa tahun saja..tinggal di asrama seawal usia 13 tahun hingga 25 tahun!masya Allah.hehehe.dulu xterfikir pun semua ni.tapi apabila satu persatu ujian, cabaran hadir dalam hidupku, barulah aku sedar...rupanya di sebalik semua yang aku lalui itu, Allah sedang aturkan sesuatu yang jauh lebih baik dan lebih indah dalam hidupku. Ya betul!Allah sedang mendidik aku untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah sikit demi sikit. Apa yang diberikan semua nya untuk ajar aku menjadi SURVIVOR.besar hikmah atas setiap apa yang Allah hidangkan untuk aku.Syukur pada Mu Ya Allah atas setiap rahmat dan nikmat yang Kau berikan. Kau tak pernah lupakan aku walaupun aku selalu melupakanMu...lalai dalam melaksanakan tanggungjawabku..terima kasih Ya Allah.
Apabila masuk Ramadhan, teringat satu peristiwa.Hari pertama Ramadhan, aku pegi kedai jual buku2 agama untuk beli Quran tafsir yang kecik dan ada cover untuk mudahkan aku usung ke sana sini dan dapatlah aku habiskan 30 juzuk dalam Ramadhan. bila pegi kedai, ada satu je tinggal.dalam banyak2 quran yang selama ni dipandang sepi, semalam (sehari sebelum Ramadhan), selesai kakak tu menjual semuanya!HEBATNYA RAMADHAN.orang Islam berpusu2 mencari rahmat Allah, berpusu2 mencari keberkatan,berkejar2 mencari pahala...sebab bulan ini satu2nya bulan yang penuh rahmat dan keberkatan.setiap waktu adalah pahala bagi orang2 islam yang mahu menggunakan peluang.
Peristiwa seterusnya...apabila di suatu hari, aku mengikut geng tadarrus di tmpt keja.rupanya ramai yang tak dapat baca quran dengan betul,dengan lancar,tak baca ikut tajwid...ada yang merangkak..Allah!tersentak seketika.masih ramai yang tidak tahu baca quran.ada yang tinggi ilmu dunianya..tinggi belajarnya..tapi ilmu Al-Quran dipandang sepi. Allahurabbi!pada saat ini, aku bersyukur sangat-sangat..sebab arwah mak dan arwah bapa aku seorang yang strict dalam mengajar mengaji.kecik2 seawal umur 5 tahun dah pegi kelas mengaji,seawal darjah 3 dh khatam.mak dan bapa aku bukan orang yang pandai ilmu dunianya, tak sekolah tinggi pun, sekolah paling tinggi darjah 3, orang kampong,keja kampong..cakap ongputeh jauh sangat la.tapi mereka didik aku dan adik beradik aku untuk kenal Quran seawal usia kami 5 tahun.Alhamdulillah.ini juga yang sepatutnya berlaku pada kita hari ini kan?bukan kita patut sibukkan anak aku pandai cakap english..anak aku pandai mengira,,anak aku pandai membaca..anak aku pandai math,anak aku pandai menyanyi, anak aku pandai menari dan sebagainya. tapi tanya diri anak aku kenal tak quran?kenal tak alif ba ta?sebab...bila mereka tiada,dengan ilmu Al-Quran inilah yang kita akan iring mereka sehingga ke syurga.sedih kan kalau kita tak mampu alunkan bacaan yassin untuk ibu bapa kita pada hari mereka pergi tinggalkan kita?sedihkan kalau kita tak boleh hadiahkan bacaan Al-Quran untuk mereka??rupanya ilmu Al-Quran itulah yang akan kembali bantu kita bila kita mengadap Allah nanti.Allahuakbar.maafkan saya jika coretan ini mencuit sesiapa.sekadar ingin berkongsi dan juga sebagai teladan dan pedoman untuk saya insan hina, insan serba kekurangan...dan juga anda.oleh itu, marilah kita imarahkan bulan mulia ini dengan belajar dan kenal Al-Quran.sama2 mencari redha Allah.semoga Allah golongkan kita dalam golongan ibu bapa yang mengambil penting pengajian Al-Quran untuk anak2 dan keluarga kita.semoga Allah bantu kita untuk kenal Al-Quran.Al-Quran adalah panduan kehidupan kita.Selamat Berbuka:)Assalamualaikum Wbrth.

Comments

Popular posts from this blog

Rasa....