Rumahku syurgaku..alhamdulillah,dgn izin allah ,aku berjaya memiliki rumah sendiri dah lebih setahun..so skrg adalah proses membuat renovation rumah sikit.rumah apartment aje.so xde la besar mana.whatever it is,aku rs bhgia.sekarang tgh pening nk cari kitchen cabinet.table top aku dh buat.cuma kc je blum.ade x sesiapa blogger atau yg bc blog aku tau kt mna nk cari kc yg murah dan berkualiti?really need help..sebab stkt aku survey ni semuanye mahal2 belaka.pening2..udah le baru beli kereta..cat rumah..renovate dapur.thats why nk cari yg murah2 je.klu direct dari kilang lg bagus..hehe
Rasa....
Pagi ini..hati ini sangat tersentuh..pertama kalinya aku memberikan wang kepada kedua ibu bapa mentuaku. Sebenarnya, aku telah lama peruntukkan duit tersebut kepada mereka lantaran aku tidak mempunyai ibu bapa lagi. Tetapi, hati ini sangat tersentuh tatkala ibu mentuaku menangis kerana sedih menerima wang daripada aku. Bukan untuk menunjuk atau apa2,tetapi hanyalah untuk berkongsi luahan hati ku pada pagi tadi. Kepada mak dan pak yang telah pergi menemui Ilahi, aku panjatkan doa yang tidak pernah putus untuk kalian biarpun dalam hati ini, aku sangat merindui mereka dan jika mereka masih ada,sudah tentu akan kukongsikan duit gaji pertamaku bersama mereka..kerana itu jugalah harapan seorang anak kepada ibu bapanya..Untuk kalian,ibu dan bapa mentua sama juga seperti ibu bapa sendiri. Layan dan terimalah mereka seperti ibu bapa kandung biar macam mana pun mereka.. Al-fatihah untuk mak dan pak..
Comments
Post a Comment